Friday, 4 May 2012

Poster Sushi @ CIAST

Hey, Poster.....Here I COME!!

Tadaaa....Finally :-)

Rickshaw Sushi
Come and join us at:
Rickshaw Sushi,
Queen's Park Bird,
QP3 Block B,
Lot 393,
Jalan Shelly,
55100 Cheras,
Kuala Lumpur.

Bussiness Hours:
Daily 9.30am - 11.00pm

Wednesday, 2 May 2012

KERTAS PENERANGAN (H-024-1) KIMPALAN ARKA DAN GAS

KOD DAN NAMA  PROGRAMH-024-1  KIMPALAN ARKA DAN GAS
TAHAP : L1 (TAHAP 1)
NO DAN TAJUK MODULM01  SAFETY AT  WORKPLACE
NO DAN PERNYATAAN TUGASAN :
-01.01  COMPLY WITH SHOP & EQUIPMENT SAFETY RULES
-01.02 ADHERE TO WORKSITE SAFETY REQUIREMENT
-01.03 EXTINGUISH FIRE DURING FIRE BREAK OUT
-01.04 PERFORM EMERGENCY FIRST AID TREATMENT
-01.05 CONDUCT ARTIFICIAL RESPIRATION
-01.06 REPORT UNSAFE ACTS AND CONDITION,ACCIDENTS AND INJURIES 
NO. DAN TAJUK PENGALAMAN PEMBELAJARAN : 
-LE 1 APPLY SAFETY PRACTICES AND PROCEDURES
-LE 2 PERFORM FIRE EXTINGUISHER DURING FIRE BREAKOUT
-LE 3 CONDUCT EMERGENCY AID AND TREATMENT
-LE 4 CREATE SAFETY AWARENESS
OBJEKTIF MODUL : 
APPLY SAFETY AT WORKPLACE BY USING SAFETY PRACTICES,PROCEDURES INCLUDING TOOLS AND EQUIPMENTS SO THAT  ACCIDENTS  IS MINIMIZED AND PROCEDURES ARE CARRIED OUT IN A SAFE, EFFICIENT MANNER IN ACCORDANCE TO REQUIREMENT OF OCCUPATIONAL SAFETY & HEALTH ACT (OSHA). 
NO KOD : H-024-1/M01/P(1/1) 


TAJUK : PENGENALAN KEPADA KEBAKARAN


TUJUAN :
Kertas Penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan faktor-faktor yang menyebabkan api merebak dengan cepat serta penggunaan jenis alat pemadam api yang dikenalpasti sesuai untuk memadamkan api sekiranya kebakaran berlaku di persekitaran kawasan kerja.


PENERANGAN : 
Kebakaran merupakan suatu bencana yang disebabkan oleh api atau pembakaran yang tidak terkawal secara sengaja atau tidak sengaja serta boleh membahayakan nyawa manusia, bangunan atau ekologi. Kebakaran lazimnya akan menyebabkan kerosakan,kemusnahan,kecederaan atau kematian kepada manusia dan alam sekeliling.Kebakaran adalah terjadi daripada tindakbalas pengoksidaan ataupun tindakbalas kimia pantas. Unsur-unsur yang terlibat dalam tindak balas ini adalah bahan api,haba dan oksigen.Jika salah satu elemen tersebut tidak wujud maka kebakaran tidak akan berlaku.Hasil daripada gabungan tindak balas ini maka satu teori kebakaran telah diperkenalkan iaitu ”segitiga kebakaran” (Fire Triangle).
Gambar Foto 1 : Segitiga Kebakaran

1.0  Faktor-faktor yang menyebabkan api merebak dengan cepat
  • Permukaan bahanLebih luas sesuatu permukaan bahan, lebih banyak oksigen yang bersentuhan dengan bahan tersebut dan kebakaran menjadi lebih besar.
  • Kadar habaJumlah haba yang dapat dikeluarkan oleh sesuatu kebakaran dan kadar kepantasan pemindahan haba oleh bahan itu sendiri.
  • Tiupan anginAngin akan membekalkan lebih banyak oksigen dan mempercepatkan lagi proses rangkaian tindak balas kimia dan memarakkan lagi kebakaran.
  • Suhu Atmosfera dan Kelembapan udaraJika suhu udara di sekeliling agak tinggi dan udaranya kering, ini akan membantu mempercepatkan kemerebakan api dan pergerakan angin dengan lebih cepat.  
2.0  Prinsip asas memadamkan kebakaran
Terdapat beberapa teknik yang digunakan untuk memadamkan api semasa kebakaran berlaku. Teknik pemadaman adalah bertujuan untuk menyekat atau mengurangkan tiga unsur seperti haba,bahan api dan oksigen tadi daripada saling bertindak balas.Berikut adalah teknik-teknik yang boleh dipraktikan untuk memadamkan kebakaran:
  • Melaparkan (Starvation) : Memindahkan bahanapi / bahan mudah bakar yang belum terbakar ke tempat lain. Selain itu, memecah atau menghancurkan bahan api yang terbakar itu dengan menggunakan pemukul api (fire beater) kepada bahan api yang lebih kecil memudahkan lagi kerja-kerja pemindahan bahan api tersebut.
  • Melemaskan (Smoothering) :Proses menghalang dan mengurangkan kadar kemasukan gas oksigen dalam kebakaran. Teknik ini dapat memadamkan api dengan kadar segera.
  • Menyejukkan (Cooling) : Bahan yang mudah mengeluarkan wap /gas terbakar apabila mencapai takat sambaran, oleh itu teknik penyejukkan ini adalah untuk mempercepatkan penurunan suhu kebakaran supaya lebih rendah dari takat sambaran.
2.1 Klasifikasi api kebakaran mengikut kelas
Jadual 1: Pengkelasan api mengikut kelas
2.2 Peralatan Pemadam Api
Alat pemadam api adalah salah satu media pemadaman untuk melawan kebakaran. Dalam menjalankan kerja pemadaman kebakaran, alat pemadam api berperanan sebagai “alat bantu mula” iaitu digunakan untuk memadam kebakaran diperingkat awal.Terdapat beberapa jenis kategori alat pemadam api antaranya ialah:
a) Alat Pemadam Api Jenis Air :
-Kandungan: Air Biasa – 9 Liter, Jarak Pancutan: 20’ – 25’, Masa pancutan:60 – 120 saat
-Kebaikan: mudah dikendalikan,boleh mengawal api di peringkat awal.
-Keburukan: hanya sekali digunakan,tidak sesuai memadam kebakaran alat elektrik dan logam serta kandungannya cepat membeku
Gambar Foto 2 :Pemadam Api Jenis Air
b)Alat Pemadam Api Jenis Debu Kering (Powder)
-Kandungan:Sodium bikarbonat 97%,Magnesium stearote 11/2%,Magnesium karbonat 1%,Trikalsium karbonat ½%, Jarak Pancutan: 15’ – 20’, Masa pancutan:2 minit
-Kebaikan: mudah dikendalikan,boleh memadamkan api kelas A,B,C, dan pemadamannya lebih berkesan jika dibandingkan dengan alat pemadam api jenis Co2 dan BCF serta pengeluaran (pancutan) boleh dikawal di Release Handle.
-Keburukan: hanya sekali digunakan,debunya mendatangkan kerosakan pada bahan-bahan tertentu seperti enjin kereta, bahan makanan dan lain-lain.
Gambar Foto 3: Pemadam Api Jenis Debu Kering (Powder)
c)Alat Pemadam Api Jenis Buih (Foam)
-Kandungan:Tabung dalam (Aluminium Sulphate) dan Tabung luar (Sodium Bikarbonate / Stabilizer), Jarak Pancutan: lebih kurang 20’, Masa pancutan:30 - 90 saat
-Kebaikan:mudah dikendalikan,buih boleh menutup permukaan cecair dan menyekat bekalan oksigen daripada membantu kebakaran,tidak terganggu daripada tiupan angin serta boleh mengawal dan memadam kebakaran diperingkat awal dengan berkesan.
-Keburukan:tidak boleh memadam kebakaran kelas A,C dan D.
Gambar Foto 4: Pemadam Api Jenis Buih (Foam)
d)Alat Pemadam Api Jenis Gas Karbon Dioksida
-Kandungan:diisi dengan CO2 dalam bentuk cecair dalam tekanan,mempunyai ukuran antara 2 hingga 5 ibs beratnya,Jarak Pancutan: 8' - 12’, Masa pancutan:8 - 30 saat
-Kebaikan:mudah dikendalikan,boleh mengawal/memadam kebakaran diperingkat awal dan berkesan,gasnya tidak mengalirkan elektrik dan boleh menembusi tempat-tempat permukaan kecil
-Keburukan:kandungan gas tidak dapat dilihat dan perlu ditimbang dari masa ke semasa untuk mengelakan kekurangan daripada 10%,tidak sesuai memadam kebakaran api jenis A,B &D dan tidak boleh kawal kebakaran yang besar.
Gambar Foto 5:Pemadam Api Jenis Gas

2.3 Teknik Menggunakan Alat Pemadam Api
Gambar Foto 6: Cara Penggunaan Alat Pemadam Api (PASS)
SOALAN

1.    Berikan definisi kebakaran.
…………………………………………………………………………………
2.    Terangkan dua faktor yang mempengaruhi kemerebakan api.
…………………………………………………………………………………
3.    Nyatakan 2 jenis alat pemadam api yang digunakan untuk memadamkan kebakaran.
…………………………………………………………………………………

RUJUKAN

  • KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KEMAHIRAN TEKNIKAL) OLEH KAMAROS ZAMAN DITERBITKAN OLEH PELANGI SDN.BHD PADA TAHUN 2008
  • WELDING PRINCIPLES AND APPLICATIONS (FIFTH EDITION) OLEH LARRY JEFFUS DITERBITKAN OLEH DELMAR LEARNING PADA TAHUN 2004