KOD DAN NAMA
PROGRAM : H-024-1
KIMPALAN ARKA DAN GAS
TAHAP : L1 (TAHAP 1)
NO DAN TAJUK MODUL : M01 SAFETY
AT WORKPLACE
NO DAN PERNYATAAN TUGASAN :
-01.01 COMPLY WITH SHOP & EQUIPMENT SAFETY RULES
-01.02 ADHERE
TO WORKSITE SAFETY REQUIREMENT
-01.03
EXTINGUISH FIRE DURING FIRE BREAK OUT
-01.04 PERFORM
EMERGENCY FIRST AID TREATMENT
-01.05 CONDUCT
ARTIFICIAL RESPIRATION
-01.06 REPORT
UNSAFE ACTS AND CONDITION,ACCIDENTS AND INJURIES
NO. DAN TAJUK PENGALAMAN PEMBELAJARAN :
-LE 1 APPLY
SAFETY PRACTICES AND PROCEDURES
-LE 2 PERFORM FIRE EXTINGUISHER DURING
FIRE BREAKOUT
-LE 3
CONDUCT EMERGENCY AID AND TREATMENT
-LE 4 CREATE SAFETY AWARENESS
OBJEKTIF MODUL :
APPLY SAFETY AT
WORKPLACE BY USING SAFETY PRACTICES,PROCEDURES INCLUDING TOOLS AND EQUIPMENTS SO THAT ACCIDENTS IS MINIMIZED AND PROCEDURES ARE CARRIED OUT
IN A SAFE, EFFICIENT MANNER IN ACCORDANCE TO REQUIREMENT OF OCCUPATIONAL SAFETY
& HEALTH ACT (OSHA).
NO KOD : H-024-1/M01/P(1/1)
TAJUK :
PENGENALAN KEPADA KEBAKARAN
TUJUAN
:
Kertas
Penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan
faktor-faktor yang menyebabkan api merebak dengan cepat serta penggunaan jenis
alat pemadam api yang dikenalpasti sesuai untuk memadamkan api sekiranya
kebakaran berlaku di persekitaran kawasan kerja.
PENERANGAN :
Kebakaran merupakan suatu
bencana yang disebabkan oleh api atau pembakaran yang tidak terkawal secara
sengaja atau tidak sengaja serta boleh membahayakan nyawa manusia, bangunan
atau ekologi. Kebakaran
lazimnya akan menyebabkan kerosakan,kemusnahan,kecederaan atau kematian kepada
manusia dan alam sekeliling.Kebakaran adalah terjadi daripada tindakbalas
pengoksidaan ataupun tindakbalas kimia pantas. Unsur-unsur yang terlibat dalam
tindak balas ini adalah bahan api,haba dan oksigen.Jika salah satu elemen
tersebut tidak wujud maka kebakaran tidak akan berlaku.Hasil daripada gabungan
tindak balas ini maka satu teori kebakaran telah diperkenalkan iaitu ”segitiga
kebakaran” (Fire Triangle).
|
Gambar Foto 1 : Segitiga Kebakaran
|
1.0 Faktor-faktor yang menyebabkan api
merebak dengan cepat
- Permukaan bahan: Lebih luas sesuatu permukaan bahan, lebih banyak oksigen
yang bersentuhan dengan bahan tersebut dan kebakaran menjadi lebih besar.
- Kadar haba: Jumlah haba yang dapat dikeluarkan oleh sesuatu kebakaran
dan kadar kepantasan pemindahan haba oleh bahan itu sendiri.
- Tiupan angin: Angin akan membekalkan lebih banyak oksigen dan
mempercepatkan lagi proses rangkaian tindak balas kimia dan memarakkan lagi
kebakaran.
- Suhu Atmosfera dan Kelembapan udara: Jika
suhu udara di sekeliling agak tinggi dan udaranya kering, ini akan membantu
mempercepatkan kemerebakan api dan pergerakan angin dengan lebih cepat.
2.0 Prinsip asas memadamkan kebakaran
Terdapat beberapa teknik yang digunakan
untuk memadamkan api semasa kebakaran berlaku. Teknik pemadaman adalah
bertujuan untuk menyekat atau mengurangkan tiga unsur seperti haba,bahan api
dan oksigen tadi daripada saling bertindak balas.Berikut adalah teknik-teknik
yang boleh dipraktikan untuk memadamkan kebakaran:
- Melaparkan (Starvation) :
Memindahkan bahanapi / bahan mudah bakar yang belum terbakar ke tempat
lain. Selain itu, memecah atau
menghancurkan bahan api yang terbakar itu dengan menggunakan pemukul api
(fire beater) kepada bahan api yang lebih kecil memudahkan lagi
kerja-kerja pemindahan bahan api tersebut.
- Melemaskan (Smoothering)
:Proses menghalang dan mengurangkan kadar kemasukan gas oksigen dalam kebakaran.
Teknik ini dapat memadamkan api dengan kadar segera.
- Menyejukkan (Cooling) : Bahan yang mudah
mengeluarkan wap /gas terbakar apabila mencapai takat sambaran, oleh itu
teknik penyejukkan ini adalah untuk mempercepatkan penurunan suhu
kebakaran supaya lebih rendah dari takat sambaran.
2.1 Klasifikasi api kebakaran mengikut kelas
|
Jadual 1: Pengkelasan api mengikut kelas |
2.2 Peralatan Pemadam Api
Alat pemadam
api adalah salah satu media pemadaman untuk melawan kebakaran. Dalam
menjalankan kerja pemadaman kebakaran, alat pemadam api berperanan sebagai
“alat bantu mula” iaitu digunakan untuk memadam kebakaran diperingkat awal.Terdapat
beberapa jenis kategori alat pemadam api antaranya ialah:
a) Alat
Pemadam Api Jenis Air :
-Kandungan: Air Biasa – 9 Liter, Jarak Pancutan: 20’ – 25’, Masa pancutan:60 – 120 saat
-Kebaikan: mudah dikendalikan,boleh mengawal api di
peringkat awal.
-Keburukan: hanya sekali digunakan,tidak sesuai memadam
kebakaran alat elektrik dan logam serta kandungannya cepat membeku
|
Gambar Foto 2 :Pemadam Api Jenis Air |
b)Alat Pemadam Api Jenis Debu Kering (Powder)
-Kandungan:Sodium bikarbonat 97%,
Magnesium stearote 11/2%,
Magnesium karbonat 1%,Trikalsium karbonat ½%, Jarak Pancutan: 15’ – 20’, Masa pancutan:2 minit
-Kebaikan: mudah dikendalikan,boleh memadamkan api kelas A,B,C, dan pemadamannya lebih berkesan
jika dibandingkan dengan alat pemadam api jenis Co2 dan BCF serta pengeluaran (pancutan)
boleh dikawal di Release Handle.
-Keburukan: hanya sekali digunakan,debunya mendatangkan kerosakan pada bahan-bahan
tertentu seperti enjin kereta, bahan makanan dan lain-lain.
|
Gambar Foto 3: Pemadam Api Jenis Debu Kering (Powder) |
c)Alat Pemadam Api Jenis Buih (Foam)
-Kandungan:Tabung
dalam (Aluminium
Sulphate) dan Tabung luar (Sodium Bikarbonate / Stabilizer), Jarak Pancutan: lebih kurang 20’, Masa pancutan:30 - 90 saat
-Kebaikan:mudah dikendalikan,buih boleh menutup permukaan
cecair dan menyekat bekalan oksigen daripada membantu kebakaran,tidak terganggu daripada
tiupan angin serta boleh mengawal dan memadam
kebakaran diperingkat awal dengan berkesan.
-Keburukan:tidak boleh memadam kebakaran kelas A,C dan D.
|
Gambar Foto 4: Pemadam Api Jenis Buih (Foam) |
d)Alat Pemadam Api Jenis Gas Karbon Dioksida
-Kandungan:diisi dengan CO2 dalam bentuk cecair dalam tekanan,mempunyai ukuran antara 2
hingga 5 ibs beratnya,Jarak Pancutan: 8' - 12’, Masa pancutan:8 - 30 saat
-Kebaikan:mudah dikendalikan,boleh mengawal/memadam kebakaran
diperingkat awal dan berkesan,gasnya tidak mengalirkan
elektrik dan boleh menembusi
tempat-tempat permukaan kecil
-Keburukan:kandungan gas tidak dapat
dilihat dan perlu ditimbang dari masa ke semasa untuk mengelakan kekurangan daripada 10%,tidak sesuai memadam
kebakaran api jenis A,B &D dan tidak boleh kawal kebakaran yang besar.
|
Gambar Foto 5:Pemadam Api Jenis Gas |
2.3 Teknik Menggunakan Alat Pemadam Api
|
Gambar Foto 6: Cara Penggunaan Alat Pemadam Api (PASS) |
SOALAN
1.
Berikan definisi kebakaran.
…………………………………………………………………………………
2.
Terangkan dua faktor yang mempengaruhi kemerebakan
api.
…………………………………………………………………………………
3.
Nyatakan 2 jenis alat pemadam api yang digunakan
untuk memadamkan kebakaran.
…………………………………………………………………………………
RUJUKAN
- KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KEMAHIRAN TEKNIKAL) OLEH
KAMAROS ZAMAN DITERBITKAN OLEH PELANGI SDN.BHD PADA TAHUN 2008
- WELDING PRINCIPLES AND APPLICATIONS (FIFTH
EDITION) OLEH LARRY JEFFUS DITERBITKAN OLEH DELMAR LEARNING PADA TAHUN 2004