Kebakaran merupakan suatu bencana yang disebabkan oleh
api atau pembakaran yang tidak terkawal, yang boleh membahayakan nyawa
manusia, bangunan atau ekologi.Kebakaran lazimnya akan menyebabkan
kerosakan,kemusnahan,kecederaan atau kematian kepada manusia dan alam
sekeliling.Kebakaran adalah terjadi daripada tindakbalas
pengoksidaan ataupun tindak balas kimia pantas. Unsur-unsur yang terlibat
dalam tindak balas ini adalah bahan api,haba dan oksigen.Jika salah satu
elemen tersebut tidak wujud maka kebakaran tidak akan berlaku.Hasil daripada
gabungan tindak balas ini maka satu teori kebakaran telah diperkenalkan iaitu
”segitiga kebakaran”.
Terdapat beberapa cara
api merebak termasuklah melalui pengaliran (conduction), olak haba (convection)
dan bahangan (radiation).
a) Pemadam Api Jenis Debu Kering
b) Pemadam Api Jenis Gas (Karbon Dioksida)
c) Pemadam Api Jenis Buih (Foam)
d) Pemadam Api Jenis Air
Terdapat beberapa teknik yang digunakan untuk memadamkan api semasa kebakaran berlaku. Teknik pemadaman adalah bertujuan untuk menyekat atau mengurangkan tiga unsur seperti haba,bahan api dan oksigen tadi daripada saling bertindak balas.Berikut adalah teknik-teknik yang boleh dipraktikan untuk memadamkan kebakaran:
a)Melaparkan (Starvation) : Memindahkan bahanapi / bahan mudah bakar yang belum
terbakar ke tempat lain. Selain itu, memecah atau menghancurkan bahan api yang
terbakar itu dengan menggunakan pemukul api (fire beater) kepada bahan api yang
lebih kecil memudahkan lagi kerja-kerja pemindahan bahan api tersebut.
b)Melemaskan (Smoothering)
:Proses menghalang dan mengurangkan kadar kemasukan gas oksigen dalam kebakaran.
Teknik ini dapat memadamkan api dengan kadar segera.
c) Menyejukkan (Cooling) : Bahan yang mudah mengeluarkan wap /gas terbakar apabila
mencapai takat sambaran, oleh itu teknik penyejukkan ini adalah untuk mempercepatkan
penurunan suhu kebakaran supaya lebih rendah dari takat sambaran.
|
Your Job Was Too AMAZING!!
No comments:
Post a Comment